Last updated:  12 November 2020

 

Deepavali

Raikan Deepavali dengan selamat bersama mereka yang anda sayangi. Semoga kediaman anda diterangi dengan kesejahteraan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik. Selamat Hari Deepavali dan semoga anda sihat dan gembira!

Infographics

 

Perayaan Deepavali pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Ketika #COVID19 terus tersebar, adalah lebih baik untuk #StayHome dan elakkan berkumpul agar kekal sihat dan #SafeDeepavali.

 

 

Persekitaran yang bersih akan memastikan bahawa perayaan Deepavali anda sihat dan selamat. Kerap membersihkan dan membasmi kuman di permukaan yang sering disentuh di rumah anda dan pastikan bahawa kediaman anda mempunyai pengudaraan yang baik.

 

 

Semasa perayaan Deepavali, bersihkan tangan anda dengan kerap dan menyeluruh menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan. Sekiranya anda mempunyai tetamu di rumah, pastikan peralatan kebersihan tangan dapat diakses oleh semua orang.

 

 

#PakaiPelitupMuka sepanjang masa anda meraikan #SafeDeepavali bersama orang tersayang. Pastikan pelitup muka menutupi hidung, mulut dan dagu anda dan amalkan kebersihan tangan sebelum memakai pelitup muka dan selepas anda menanggalkannya. 

 

 

Kekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter sepanjang perayaan Deepavali anda. Mengekalkan jarak yang selamat akan mengurangkan risiko jangkitan #COVID19.

 

 

Mari kekalkan tradisi semasa Deepavali & memastikan kita tidak mendedahkan warga emas/mereka yang mempunyai masalah kesihatan kepada #COVID19. Sekiranya anda tidak sihat, #StayHome & jangan mengambil risiko menyebarkan penyakit kepada orang yang anda sayangi.